Jumaat, 27 November 2020

Tak dibenar masuk untuk minum, sekumpulan lelaki buat kecoh di sebuah pub .

gari
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak tidak mendapat tempat untuk berpesta dengan minuman keras, sekumpulan pengunjung membuat kecoh di sebuah pub di Jalan Puchong semalam.

Jurucakap polis memaklumkan, kejadian yang berlaku pada pukul 12.30 malam itu berpunca apabila sekumpulan 15 lelaki yang datang untuk minum tidak diberikan tempat selepas dimaklumkan kelab itu sudah dipenuhi pengunjung.

Berang dengan keadaan itu kumpulan terbabit bertindak memukul tiga lelaki sehingga menyebabkan kecederaan di muka, katanya.

“Semakan lesen perniagaan di tempat kejadian mendapati pemilik premis menggunakan lesen restoran dan bar yang telah tamat tempoh sejak dari tahun 2019,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, semasa serbuan dijalankan polis turut menemui beberapa jenis dadah antaranya ectacy, syabu dan erimin 5.

Kesemua tangkapan akan direman untuk siasatan lanjut, ujarnya.

Terdahulu, jurucakap itu memberitahu, pihaknya mendapat aduan berhubung kejadian daripada seorang lelaki yang juga merupakan pengurus di kelab terbabit.

Pengadu turut menyatakan bahawa dua orang pekerjanya cedera setelah dipukul oleh kumpulan berkenaan.

Pengadu juga mengalami kerugian sebanyak RM1,000 dalam kejadian itu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: