Sabtu, 28 November 2020

Cabaran besar buat KWSP sediakan dana i-Sinar

MGF28112020_BANK-RAKYAT-SUMBANGAN03
Nazir Hussin Akhtar Hussin

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan bersetuju memperluaskan pengeluaran program i-Sinar daripada Akuan 1 Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) sebenarnya menjadi satu cabaran besar kepada tabung persaraan pekerja itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, keupayaan KWSP akan diuji dalam memastikan kemampuannya menyediakan dana mencukupi bagi menampung pengeluaran 8 juta pencarum.

“Menteri Kewangan telah bersetuju dengan dua syarat yang diletakkan oleh UMNO dan BN. Saya rasa ia akan memberi kelegaan besar kepada majoriti rakyat Malaysia

“Walau bagaimanapun KWSP perlu memikirkan bagaimana mereka dapat menampung pengeluaran dana tersebut, itu satu cabaran yang besar.

“Tapi terima kasih kepada kerajaan kerana kerajaan telah berusaha mendengar rintihan rakyat,” katanya ketika selepas Penyampaian Bantuan Kewangan Mangsa Banjir anjuran Yayasan Bank Rakyat, di Dewan Kg Paya, Kampung Baru, hari ini.

Khamis lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju dengan syarat ahli-ahli Parlimen BN untuk membenarkan pengeluaran maksimum RM10,000 secara one-off.

Program I-Sinar juga diperluaskan kepada 8 juta pencarum berbanding 2 juta sebelum ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: