Selasa, 13 Oktober 2020

Wanita sarat hamil, suami ditangkap mencuri dompet, telefon

MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Sepasang suami isteri yang masing-masing mempunyai rekod jenayah, ditahan polis kerana dipercayai bersekongkol mencuri barang pekerja sebuah pasar mini di Batu Gajah.

Menurut polis, suspek wanita berusia 20 tahun dan sedang sarat mengandung, manakala suaminya - seorang kelindan lori - berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri, berkata wanita itu tersebut mempunyai rekod mencuri manakala suaminya pernah melakukan kesalahan ceroboh rumah, mencuri dan merusuh menggunakan senjata.

Katanya pasangan berkenaan ditahan kira-kira jam 12.15 pagi di rumah mereka di Desa Changkat.

Menurut Ahmad Adnan kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.45 petang Sabtu lalu apabila pasangan terbabit datang ke pasar mini berkenaan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, wanita itu dilihat pergi ke belakang kaunter juruwang dan mencuri dompet dan telefon bimbit pekerja sebelum ia disorokkan ke bajunya.

Mereka kemudian meninggalkan premis berkenaan.

“Pekerja tersebut pula sedang mengisi barang di rak kedai dan hanya menyedari dompetnya hilang apabila dia nak keluarkan duit untuk membeli minuman,” kata Ahmad Adnan yang dipetik The Star Online.

Menurut Ahmad Adnan, selepas ditahan polis menemui semula dompet pekerja berkenaan namun wang yang ada di dalamnya - berjumalh RM130 - hilang.

“Kedua-duanya (suami isteri terbabit) mengaku salah. Si suami direman sehingga Rabu. Manakala isterinya diikat jamin,” katanya.

Tiada ulasan: