Sabtu, 17 Oktober 2020

Wanita bergelang merah jambu ditahan di kedai runcit Labuan ,

Polis berkata, wanita berusia 32 tahun itu berhenti di kedai runcit dengan suaminya
ketika mereka dalam perjalanan pulang dari hospital semalam

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang wanita memakai gelang merah jambu di sebuah kedai runcit kerana melanggar perintah kuarantin di Labuan.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan selepas dikesan pembeli lain pada 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Muhamad Farid Ahmad berkata, wanita itu memasuki pulau berkenaan melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada 27 Sept lalu dan diarahkan pegawai kesihatan menjalani kuarantin kendiri sehingga 10 Okt lalu.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu kemudiannya diarah meneruskan kuarantin di rumah mulai semalam hingga 29 Okt ini sementara menunggu ujian saringan ke-2 Covid-19.

Tetapi, suspek itu mengingkari perintah dan berhenti di kedai runcit dengan suaminya, ketika mereka dalam perjalanan pulang dari hospital.”

Farid berkata, wanita itu disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan atas kecuaian yang boleh menyebarkan jangkitan penyakit berbahaya dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Tiada ulasan: