Ahad, 25 Oktober 2020

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan itu dibuat Agong selepas berbincang dengan raja-raja Melayu dan melihat situasi semasa di dalam negara.

“Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang sudah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada ulasan: