Ahad, 11 Oktober 2020

Malaysia Airlines mungkin tutup sekiranya rundingan penstrukturan semula gagal, kata laporan

Malaysia Airlines berusaha mendapatkan kerjasama semua pihak supaya ia boleh 
erus ke fasa seterusnya iaitu memampankan perniagaan.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd sedia untuk ditutup sekiranya rundingan dengan syarikat pajakan berhubung rancangan penstrukturan semula gagal, kata ketua pegawai eksekutif syarikat itu menurut laporan Edge Malaysia.

Beberapa pemberi kredit menyokong rancangan syarikat itu, beberapa lagi tidak, dan yang lain belum buat keputusan, kata Izham Ismail kepada akhbar itu dalam temubual hari ini.

Malaysia Airlines perlu yakinkan mereka yang belum buat keputusan, katanya menurut laporan itu.

Ahad tarikh akhir untuk pemberi kredit membuat keputusan, dan selepas itu Malaysia Airlines akan tentukan sama ada untuk teruskan rancangan penstrukturan semula itu atau melaksanakan “Plan B”, yang mungkin melibatkan ia menyerahkan sijil operator udara kepada syarikat baharu dengan nama lain, tambahnya.

Malaysia Airlines berusaha mendapatkan kerjasama semua pihak terlibat supaya ia boleh terus ke fasa seterusnya iaitu memampankan perniagaan, katanya kenyataan pada Ahad.

“Penstrutkuran semula melibatkan beberapa peringkat dan kami belum dapat berkongsi lebih banyak maklumat pada masa ini,” katanya.

Malaysia Aviation Group, syarikat induk bagi syarikat penerbangan nasional itu, berpuas hati dengan tahap sokongan yang ia terima daripada pemberi pajak dan yakin ada mekanisme perundangan yang wajar sekiranya sokongan itu tidak universal”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Reuters semalam melaporkan sekumpulan syarikat pajakan menolak rancangan penstrukturan yang diketengahkan Malaysia Airlines, memetik beberapa orang yang tahu tentang perkara itu dan surat daripada sebuah firma undang-undang London.

Syarikat penerbangan itu, milik penuh Khazanah Nasional Bhd, awal bulan ini mengumumkan ia sedang menjalankan penstrukturan segera yang melibatkan rundingan semula dengan pemberi pajak, kerana ia tidak nampak tanda-tanda pandemik akan reda.

Syarikat itu memotong gaji pengurusan dan juruterbang, menawarkan cuti tanpa gaji kepada kakitangan, dan cuba mendapatkan penangguhan bayaran dan rundingan semula kontrak sejak Mac. Ketika ini ia sedang mengkaji semula rangkaian dan rancangan angkatannya.

Tiada ulasan: