Sabtu, 17 Oktober 2020

Kenapa bawa usul tak percaya perlu kebenaran menteri? – Zaid

Kumara Sabapatty
MGF_ZaidIbrahim07-1-681x445
Datuk Zaid Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak memberi keutamaan kepada usul undi tidak percaya yang dibawa ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri di negara ini.

Menurut beliau senario lain berlaku di kerajaan Parlimen Australia yang sentiasa mengutamakan usul tidak percaya sebagai sesuatu yang perlu disegerakan dan berkepentingan awam berbanding pendekatann yang diamalkan di Malaysia.

Bekas Menteri Undang-Undang itu dalam ciapan Twitter berkata, di Australia sebarang usul tidak percaya terhadap seseorang menteri atau perdana menteri akan diberi keutamaan berbanding usul-usul lain yang disenaraikan dalam aturan persidangan dewan yang perlu dibentang dan dibahas ahli Parlimen.

“Di Australia satu usul tidak percaya akan diberi keutamaan berbanding urusan hal lain sehingga diselesaikan.

“Tetapi untuk membawa usul tidak percaya (terhadap PM) di Malaysia, ia perlu meminta (kebenaran) menteri kerajaan untuk membenarkan usul tersebut),” ciap beliau.

Beliau kesal dengan pendekatan Dewan Rakyat terhadap enam ahli Parlimen Pejuang dan juga ahli Parlimen Gua Musang yang mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tengku Razaleigh Hamzah telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada 29 Oktober lalu untuk dibentangkan di Parlimen.

Manakala enam ahli Parlimen termasuk Tun Mahathir Mohamad turut mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin awal Oktober ini.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: