Khamis, 29 Oktober 2020

KEMAS KINI 5PM | Lokasi terkini jangkitan Covid-19 (29 Okt)

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Ok | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt

Lokasi terkini yag ditambah: SK Kampung Jambu, Taiping

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke covid19@malaysiakini.com.

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari terakhir, sila lawati laman khas Kini News Lab.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Menara MSC Cyberport, Johor Bahru

Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Johor Bahru yang terletak di Menara MSC Cyberport ditutup sehingga diberitahu kelak berikutan dua jurubahasa mahkamah disahkan positif Covid-19.

Pihak berkuasa telah memulakan kerja-kerja disinfeksi di bangunan tersebut.


PUSAT SUKAN DAN REKREASI

  • Kelab Rekreasi Cina Pulau Pinang

Kelab itu dalam catatan di Facebook memaklumkan semua aktiviti dibatalkan dari 29 Okt hingga 4 Nov akibat kes Covid-19.


PEJABAT

  • MBSB Bank, Johor Bahru, Johor

Dua kakitangan yang merupakan kontak rapat rakan sekerja mereka yang positif Covid-19 pada 23 Okt lalu, juga dijangkiti wabak berkenaan.

Dalam satu kenyataan semalam, bank itu berkata kedua-dua mereka disahkan positif pada 25 Okt. Seramai 21 kakitangan lain diuji negatif dan sedang menjalani kuarantin kendiri.

Bank berkenaan dibuka semula selepas ditutup bagi kerja-kerja sanitasi.


KEDIAMAN

  • Goodyear Court 1, Subang Jaya

Anggota isi rumah kes positif pertama di kondominium ini turut disahkan positif, setakat 26 Oktober. Kes pertama dilaporkan tiga hari sebelumnya.

Kawasan yang terkesan telah dinyahkuman, menurut pengurusan kondominium.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • SK Kampung Jambu, Taiping

Sekolah ini diarahkan tutup selama tujuh hari, bermula 30 Okt sehingga 5 Nov, selepas satu kes positif dikenal pasti.

Tiada ulasan: