Selasa, 13 Oktober 2020

Anwar selesai menghadap Agong, jangka adakan sidang media

Nizam Zain
MGF13102020_ANWAR-ISTANA-22-681x454
Kenderaan yang membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang keluar selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin 
Al-Mustafa Billah Shah melalui pintu 2 di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 11.25 pagi tadi.

Beliau dijangka mengadakan sidang media di hotel Le Meridien di sini.

Awar yang juga Presiden PKR serta Ketua Pembangkang menghadap Seri Paduka Baginda kira-kira sejam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya tersenyum ketika dikerumuni pihak media sebaik sahaja kenderaan Jaguar yang membawa beliau keluar meninggalkan istana. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: