Sabtu, 19 September 2020

Tiada pengumuman rasmi kebenaran umrah, kata menteri agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
berkata tiada sebarang pengumuman dibuat kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran 
menunaikan umrah buat masa ini.

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran menunaikan umrah setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, perkara itu disentuh beliau dalam pertemuannya dengan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussein Saeed Qattan, baru-baru ini.

“Saya bertemu dengan Duta Arab Saudi lebih kurang 4 hari lepas, saya ada utarakan…rasa-rasa bila (agaknya) visa umrah secara rasmi dibuka, dan beliau nyatakan setakat ini tidak ada pengumuman rasmi mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pasca perkahwinan Islam fasa “sehati sejiwa” hari ini.

Mengenai program itu, Zulkifli berkata ia merupakan projek perintis sebagai sebahagian daripada insiatif bagi mengurangkan kadar penceraian dalam negara.

Kursus dihadiri 15 suami isteri itu diadakan khusus bagi memantapkan ilmu dan pengetahuan peserta ke arah mengukuhkan keharmonian rumah tangga bagi mendepani pelbagai cabaran kehidupan termasuk ujian pandemik Covid-19.

Tiada ulasan: