Jumaat, 25 September 2020

Sabah umum cuti khas untuk hari mengundi

Ketua menteri sementara, Shafie Apdal. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kerajaan Sabah hari ini memgumumkan 26 Sept sebagai hari cuti khas bagi membolehkan rakyatnya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ketua menteri sementara, Shafie Apdal, memaklumkan perisytiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah.

“Orang ramai sekali lagi diperingatkan agar mematuhi SOP pelaksanaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak berkuasa tempatan serta pihak berkuasa berwajib,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengingatkan, nasihat kesihatan Kementerian Kesihatan hendaklah dijadikan kebiasaan baharu dalam kehidupan harian, iaitu jauhi kawasan sesak, elakkan kawasan sempit, dan elak sembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

Orang ramai juga digesa kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai alat pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala, dan patuhi amaran Kementerian Kesihatan.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Tiada ulasan: