Ahad, 13 September 2020

Perlis catat 54 kes keganasan rumah tangga sehingga Julai


SITI Berenee (dua kiri) menghadiri program kacau bubur merdeka di Pusat Khidmat DUN Mata Ayer, Perlis, hari ini. - UTUSAN/NAZLINA NADZARI
  • Oleh NUR NAZLINA NADZARI
  • 13 September 2020, 11:43 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Faktor kekangan hidup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 sebelum ini dipercayai menjadi antara penyebab berlakunya peningkatan kes keganasan rumah tangga di negeri ini.

Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Berenee Yahaya berkata, kekangan itu melibatkan mereka yang kehilangan kerja sekali gus menyebabkan tekanan hidup terumatanya bagi mereka yang bekerja harian dan tidak ada pendapatan tetap.

Katanya, untuk rekod, sebanyak 54 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri ini sejak awal tahun sehingga Julai lalu dengan sebahagian besarnya kes semasa tempoh PKP.

Bagaimanapun katanya, data tersebut hanya mengambil kira kes yang dilaporkan kepada polis dan tidak mengambil kira percakapan secara lisan dan aduan kepada Jabatan Pembangunan Wanita dan sebagainya.

“Kes keganasan tersebut melibatkan pasangan berusia antara 27 hingga 40 tahun dengan kes paling ramai bagi mereka yang berumur 30-an.

“Tindakan yang diambil pihak kami bagi membanteras masalah tersebut adalah dengan memberi khidmat kaunseling serta bantuan bekalan asas kepada keluarga yang memerlukan.

“Untuk kes seperti ini, kita ada sediakan bantuan bekalan asas di Pusat Khidmat tetapi bukan secara harian,” katanya ketika ditemui selepas Program Kacau Bubur Merdeka Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer di Pusat Khidmat DUN tersebut di sini hari ini.

Tambah Siti Berenee, beliau berharap agar kes-kes tersebut tidak bertambah lagi walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan hingga hujung tahun ini.

Tiada ulasan: