Jumaat, 18 September 2020

KDN nafi keluarkan perakuan pelantikan syarikat urus pekerja asing

Bernama
119217053_3786899497997322_3096582254982077337_n
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing.- Gambar 
FB KDN.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah mengesan penyebaran perakuan palsu mengenai pelantikan syarikat pengurusan pekerja asing di seluruh Malaysia menggunakan nama Ketua Setiausaha KDN Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz @ Yazid.

“Ingin ditegaskan bahawa maklumat ini adalah palsu,” kata KDN.

Menurut kenyataan itu, KDN juga telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan selain menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa menguruskan pendaftaran atau program melibatkan warga asing.-BERNAMA

Tiada ulasan: