Rabu, 23 September 2020

Arab Saudi benarkan umrah berperingkat mulai Okt 4

RIYADH: Arab Saudi akan akan membenarkan umrah secara berperingkat mulai 4 Okt, kata kementerian dalam negerinya semalam, 7 bulan selepas umrah digantung kerana pandemik virus korona.

Pada tahap pertama, “6,000 rakyat dan pemastautin dalam negara akan dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari bermula Okt 4”, kata kementerian tersebut dalam kenyataan yang disiarkan Saudi Press Agency.

Pelawat luar negara akan dibenarkan mulai Nov 1, apabila kapasiti umrah ditingkatkan kepada 20,000 orang setiap hari, kata kementerian.

Kementerian berkata kapasiti penuh umrah akan dibenarkan selepas ancaman pandemik dibasmikan.

Arab Saudi menggantung umrah pada Mac dan mengurangkan kegiatan haji kerana bimbang virus korona akan merebak.

Umrah memberi cabaran logistik yang besar kerana orang ramai akan membanjiri kawasan yang kecil, mendedahkan mereka kepada jangkitan.

Keputusan untuk menjalankan umrah ialah respons kepada “aspirasi orang Islam tempatan dan luar negara” untuk menunaikan ibadat tersebut dan melawati kawasan suci, kata kementerian.

Tiada ulasan: