Khamis, 17 September 2020

584 ditahan ingkar PKPP, termasuk 292 di kelab malam

 

PETALING JAYA: Seramai 584 orang ditahan kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan pemulihan semalam, termasuk 292 individu di kelab malam, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Daripada jumlah itu, 568 orang didenda dan 16 lagi direman.

Beliau berkata, kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka, aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal dan premis beroperasi melebihi masa ditetapkan.

Katanya, 65 pendatang asing tanpa izin ditahan dan 10 kenderaan disita menerusi 81 sekatan jalan di seluruh negara semalam.

Mengenai kuarantin wajib 14 hari, Ismail berkata, seramai 29,748 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai sehingga semalam ditempatkan di 71 hotel dan 8 premis lain, termasuk institut latihan awam.

Katanya, seramai 9,517 orang masih menjalani kuarantin wajib, manakala 17 orang dihantar menerima rawatan di hospital.

Seramai 20,160 orang dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai kuarantin wajib 14 hari.

Tiada ulasan: