Sabtu, 15 Ogos 2020

Tiada Laporan Kewangan TH: Dr Asyraf Sangkal Alasan Mujahid

UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal alasan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang gagal membentangkan Laporan Kewangan Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018 dan 2019.

Menurut Dr Asyraf, yang juga bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Laporan Kewangan TH 2018 wajib dibentangkan tidak lebih daripada 30 Jun 2019 (6 bulan setelah berakhir tahun kewangan setiap tahun), bukannya bulan Mac 2020.

“Walaupun dari segi penyampaian semalam Kekanda (Mujahid) memang hebat bermain dengan bahasa, tetapi fakta yang jelas gagal dijawab dengan jujur ialah, mengapa Laporan Kewangan TH 2018 dan 2019 sehingga hari ini tidak dibentangkan di Parlimen, disahkan Ketua Audit Negara dan tidak diketahui sama ada diaudit ataupun tidak,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya lagi, kegagalan TH mengemukakan Laporan Tahunan sepanjang 2018 dan 2019 sewaktu PH memerintah jelas melanggar Seksyen 5, 7, 8 and 9 Akta 240 Badan Berkanun (Akaun and Laporan Kewangan) 1980, yang mesti dibaca bersama Seksyen 26 Akta Tabung Haji.

Malam tadi, menerusi program Berani Semuka anjuran Sinar Harian yang turut menampilkan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membincangkan polemik pengurusan TH, Mujahid mendakwa laporan kewangan telah siap dan akan dibentangkan pada Mac tahun ini tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana pertukaran kerajaan. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan: