Isnin, 10 Ogos 2020

TEMCO: Pekan Kuala Sanglang kini sunyi sepi

TEMCO: Pekan Kuala Sanglang kini sunyi sepiKerajaan Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 8 Ogos malam membabit dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul. - Gambar BERNAMA
 
KUALA PERLIS: Penduduk di Pekan Kuala Sanglang, di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) mematuhi arahan yang ditetapkan sejak pelaksanaan perintah tersebut pada 8 Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Kuala Sanglang, Teoh Chin Bin, berkata, ia dapat dilihat selepas pekan tersebut kini sunyi sepi berbanding sebelum pelaksanaan TEMCO.
Selain kawalan yang ketat, jelasnya, penduduk berasa takut untuk keluar rumah kerana penularan jangkitan COVID-19.

“Kampung ini sunyi … selalu kalau (tiada) penyakit COVID-19 pun orang tidak berapa ramai, sekarang ini (suasana) lagi teruk. Satu kampung sunyi sebab semua tidak berani keluar.
“Kedai-kedai pun tutup, sebab tidak berani berniaga. Semua penduduk Kuala Sanglang sekarang kena pergi klinik untuk ujian saringan. Hanya kedai yang menjual makanan sahaja yang dibuka,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Selain kawalan yang ketat, jelasnya, rata-rata penduduk berasa takut untuk keluar rumah kerana penularan jangkitan COVID-19. - Gambar BERNAMA
Selain kawalan yang ketat, jelasnya, rata-rata penduduk berasa takut untuk keluar rumah kerana penularan jangkitan COVID-19. - Gambar BERNAMA

Mengulas lanjut beliau berkata, laluan utama keluar masuk di pekan itu juga sudah mula ditutup bermula hari ini.

Jelasnya, orang awam yang berada di luar kawasan tersebut tidak dibenarkan masuk ke pekan Kuala Sanglang, sebaliknya hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar bagi membeli barangan keperluan.

“Semua laluan di Kuala Sanglang (penduduk luar) tidak boleh lintas keluar ke kawasan-kawasan ini. Semua yang duduk di kawasan Sanglang sahaja (yang dibenarkan keluar masuk)

“Bekalan makanan pula cukup setakat ini. Kerajaan pun ada bagi bekalan makanan,” katanya lagi.

Terdahulu, kerajaan Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 8 Ogos membabitkan dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

Setakat ini, Perlis merekodkan 30 kes COVID-19 dengan 11 kes baharu dikesan daripada kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga.

Tiada ulasan: