Ahad, 30 Ogos 2020

SPRM nafi keluar kenyataan siasat rasuah di PRK Slim

SPRM menggesa pihak yang mempunyai maklumat berkaitan 
rasuah atau salah laku pada PRK Slim supaya menyalurkannya 
kepada agensi anti-rasuah itu atau polis.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan ia sedang menyiasat dakwaan sogokan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, susulan penyebaran satu kenyataan palsu.

Kenyataan palsu yang tersebar dalam talian itu mendakwa SPRM sedang mengesan dan menyiasat individu yang menawarkan wang sogokan kepada pengundi, selepas ia dikatakan menerima satu rakaman video pengundi ditawarkan wang untuk mengundi Barisan Nasional pada PRK Slim.

SPRM dalam kenyataan hari ini sebaliknya menggesa pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau salah laku pada PRK Slim supaya menyalurkannya kepada agensi anti-rasuah itu atau polis.

Tiada ulasan: