Rabu, 12 Ogos 2020

Serbuan MBSA bongkar stor arak, premis judi haram di Sungai Buloh

Kumara Sabapatty
MGF12082020_OPERASI-BERSEPADU-MBSA_19-681x454
Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas barang-barang 
ketika membuat serbuan dipercayai premis judi haram pada Operasi 
Bersepadu MBSA di sekitar Sungai Buloh, Selangor. foto FAREEZ FADZIL,

SUNGAI BULOH – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pelbagai agensi penguatkuasaan yang melakukan serbuan mengejut di Bandar Baru Sungai Buloh pagi ini, bukan sahaja menyita gerai-gerai haram di bahu-bahu jalan.

Sebaliknya turut membongkarkan kewujudan stor arak dan dua premis yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Kedua-dua premis itu terletak bersebelahan.

MGF12082020_OPERASI-BERSEPADU-MBSA_06-1024x683
Anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 
menyita perabot daripada sebuah premis yang percayai 
menjalankan judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA 
di sekitar Sungai Buloh, Selangor. foto FAREEZ FADZIL

Minuman keras yang disimpan di dalam sebuah stor turut disita dan dirampas, manakala empat orang pekerja warga asing tanpa izin ditahan.

Serbuan mengejut oleh MBSA dan disertai oleh 230 orang anggota agensi penguatkuasa dilakukan pada jam 10.30 pagi tadi.

Mereka terdiri daripada penguatkuasa Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Bekalan Air Selangor.

Operasi besar-besaran itu dijalankan selepas dua klip video yang dikongsikan melalui Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

MGF12082020_OPERASI-BERSEPADU-MBSA_09-1024x683
Anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 
merampas komputer ketika membuat serbuan dipercayai premis 
judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA di sekitar Sungai
Buloh, Selangor. foto FAREEZ FADZIL,

Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan berkata, sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian haram secara sembunyi di sebalik pusat hiburan snuker di kawasan bandar baharu itu turut disita.

Hasil serbuan penguatkuasa MBSA ke dalam premis itu mendapati beberapa meja snuker, kerusi dan sofa ditinggalkan tanpa pengusahanya.

Aktiviti perjudian haram dalam talian itu dijalankan di dalam sebuah bilik khas.

Malah, pemeriksaan yang dijalankan turut menemui meja-meja kosong yang dipercayai menempatkan mesin-mesin judi.

MBSA bertindak memotong bekalan elektrik dan air serta-merta sebaik sahaja barang-barangan di dalam premis berkenaan di sita.

MGF12082020_OPERASI-BERSEPADU-MBSA_04-1024x683
Seorang penguatkuasa menutup suis sebuah premis yang 
diserbu dalam operasi mengejut di Bandar Baru Sungai Buloh 
hari ini.

Mohd Rashidi menambah, dalam operasi tersebut, MBSA  turut merobohkan struktur binaan tambahan pada premis dan gerai-gerai yang dibuat tanpa kelulusan MBSA.

Struktur-struktur tersebut dirobohkan kerana ia mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas dan juga mengganggu keselamatan pengguna jalan raya.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan penguatkuasa mendapati terdapat premis kilang, restoran serta rumah kedai yang melakukan kerja-kerja tambahan tanpa kelulusan MBSA seperti membina awning, dinding, binaan lantai, ramp dan lain -lain struktur tanpa kebenaran.

”Tindakan telah diambil mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kecuali lapan gerai sementara yang terletak di Jalan 1A/3 yang merupakan tapak penjaja sementara di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh,” katanya kepada pemberita selepas serbuan bersepadu dijalankan. – MalaysiaGazette

MGF12082020_OPERASI-BERSEPADU-MBSA_02-1024x683Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memotong rantai berkunci dipercayai premis judi haram pada Operasi Bersepadu MBSA di sekitar Sungai Buloh, Selangor. foto FAREEZ FADZIL

Tiada ulasan: