Isnin, 10 Ogos 2020

‘Rehatkan’ Sementara OCPD Sungai Buloh, Biar Bukit Aman Buat Siasatan – Jamal Yunos


Hasil carian imej untuk FOTO JAMAL YUNOSDatuk Seri Jamal Yunos.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar perlu ‘direhatkan’ sementara bagi memberi jalan Bukit Aman menyiasat isu premis perjudian.

Itu cadangan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.

“Cara terbaik OCPD dan sebahagian dari polis di Ibupejabat Polis Daerah Sungai Buloh bercuti, biar pegawai Bukit Aman yang berkecuali siasat.

“Kalau dapati ia tak betul baru buat tindakan kepada Abang Hot Burger,” ujarnya dalam satu rakaman video di media sosialnya hari ini.

Jamal mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan menyiasat pendedahan dibuat oleh Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid baru-baru ini.

Bagaimanapun selepas itu Shafa’aton menafikan dakwaan itu kerana tindakan telah dibuat oleh pasukannya terhadap premis perjudian berkenaan sebelum ini.

Dalam pada itu, menurut Jamal, keadilan mesti ditegakkan termasuk kepada Mohd. Asri.

“Cukuplah saya seorang kena aniayai,” katanya merujuk kepada kesnya menceroboh masuk premis perjudian di Ampang dan kini proses pendakwaan masih berjalan selepas beliau ditahan kerana berbuat demikian.

Tiada ulasan: