Khamis, 27 Ogos 2020

Melaka kini negeri zon hijau Covid-19

Kementerian Kesihatan berkata, tiada kes baru Covid-19 
di Melaka sejak 13 Ogos lepas.

PETALING JAYA: Melaka kini merupakan zon hijau Covid-19 susulan tiada kes baru wabak itu dicatatkan dalam tempoh 2 minggu lepas, kata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Ia berkata, tiada kes baru Covid-19 di negeri itu sejak 13 Ogos lepas.

Melaka merupakan negeri ke-5 diisytiharkan sebagai zon hijau selepas Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

“Patuhi SOP dan bantu kerajaan jadikan seluruh negara zon hijau,” katanya di Twitter.

Setakat ini 9,291 kes Covid-19 direkodkan di Malaysia dengan 8,978 disahkan sembuh.

Sejumlah 125 orang maut akibat wabak itu, sementara 188 masih dirawat.

Tiada ulasan: