PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan 2 pegawai polis, termasuk seorang ketua balai kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.
Menurut sumber, 2 pegawai dari Balai Polis Tenggara itu meminta rasuah untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang ahli perniagaan yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
Suspek itu, termasuk ketua balai berusia 57 tahun, ditahan dalam serbuan malam tadi.
“Ketika serbuan, rasuah berjumlah RM6,000 ditemui di pejabat ketua balai polis itu,” kata sumber.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka untuk perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Ketua SPRM Melaka, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika
dihubungi mengesahkan tangkapan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan