Rabu, 12 Ogos 2020

Apakah KPM langsung tiada autoriti henti ambil lulusan UEC?

Ainulillia

 

Memalukan! Dong Zong tak perlu ke Parlimen pun untuk laksana agenda

BANGI – Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya merayu kepada kerajaan agar menutup segala pintu yang membolehkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf. 

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin bahawa, dasar pengambilan pelajar kelulusan UEC untuk tujuan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mata pelajaran bahasa Cina untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah ada sejak 2011 lagi.

Program itu yang telah berjalan sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) turut diteruskan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, Haji Aminuddin mempersoalkan sama ada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) langsung tidak mempunyai autoriti untuk menarik balik dasar berkenaan.

“Maka timbul persoalan di sini, apakah Kementerian Pendidikan mahu mengatakan bahawa mereka tidak boleh menarik balik atau sekurang-kurangnya menghentikan program ini? 

“Apakah kerajaan ‘tidak boleh sentuh’ apa-apa keistimewaan yang telah diberikan kepada sijil UEC ini? 

“Saya risau jika ini adalah langkah dan peringkat awal ke arah pengiktirafan UEC kerana kita tahu Dong Zong dan konco-konco politik mereka sangat licik mengatur strategi dan melobi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, timbul satu persoalan yang lebih besar lagi, iaitu jika kerajaan benar-benar ‘terpaksa’ menerima graduan UEC hanya untuk ke program perguruan Bahasa Cina pada tahun 2011 kerana kekurangan kepakaran, apakah sehingga sekarang kerajaan mahu ‘berhutang jasa’ dan bergantung kepada Dong Zong dalam menyediakan tenaga guru bahasa Cina.

Mempertikaikan situasi itu, beliau berkata, adalah mustahil jika kerajaan tidak mampu membangunkan sebuah program atau institut bahasa Cina milik kerajaan untuk kemasukan ke program perguruan PISMP.

“Kerana saya yakin ramai pelajar atau lepasan

sekolah aliran kebangsaan yang mahu belajar bahasa Cina,” katanya.

Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan Oembela-Pembela Islam (PEMBELA) menegaskan, kerajaan perlu ‘merdeka’ daripada bergantung kepada pertubuhan radikal Dong Zong.

“Jasa-jasa yang mereka taburkan pastinya bukanlah percuma atau ‘amal jariah’ sahaja.

“Ingatlah sejarah, bahawa betapa kerasnya Dong Zong menentang falsafah dan sistem pendidikan kebangsaan sejak dahulu lagi. 

“Takkan sekarang kerajaan Malaysia dengan muka yang tak malunya mahu menagih dari mereka? Memalukan! Apa yang lebih memalukan ialah, Dong Zong tidak perlu ada dalam Parlimen pun untuk melaksanakan agenda mereka,” katanya.

Tiada ulasan: