Rabu, 12 Ogos 2020

11 kes positif baharu Covid-19 – Noor Hisham

Norlaile Abd Rahman
MGF03082020_KKM-13-681x453
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah 
bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 
di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR- Malaysia mencatatkan 11 kes baharu positif Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut lapan adalah kes import yang melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan satu warga asing manakala baki tiga lagi kes baharu adalah penularan tempatan.

Ini menjadikan jumlah kes positif adalah sebanyak 9,114 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 172 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan, katanya.

Sehingga kini, hanya terdapat satu kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi namun pesakit tidak memerlukan bantuan pernafasan.

Angka korban juga kekal 125 kes.

Mengulas lanjut mengenai kes positif baharu hari ini, Dr. Noor Hisham berkata, tiga kes penularan dalam negara itu melibatkan dua rakyat tempatan manakala seorang warga asing.

“Dua kes penularan Covid-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia adalah kes saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di Kedah.

Tiada ulasan: