Selasa, 14 Julai 2020

UMNO gugur saman terhadap 9 MP lompat parti

Dua perwakilan Pergerakan Puteri UMNO dilihat melintasi dinding yang dihiasi logo parti UMNO ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 07 DISEMBER 2017
Foto hiasan

KUALA LUMPUR  – UMNO memutuskan untuk menggugurkan saman terhadap sembilan ahli Parlimen yang meningggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Keputusan itu disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi.

Bercakap kepada FMT Ahmad Zahid berkata, tindakan menggugurkan saman itu kerana UMNO dan Bersatu kini rakan dalam gabungan Perikatan Nasional.

“Kita sekarang rakan politik.

“Saya sudah mengarahkan peguam kami gugurkan saman itu,” katanya.

Sembilan ahli UMNO itu adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Shahbudin Yahaya (Tasek Gelugor), Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai), dan Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah). – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: