Jumaat, 3 Julai 2020

Tekong warga tempatan bersama 24 PATI ditahan di Sungai Rengit

Kumara Sabapatty
op-benteng-24-pati-indon1-681x510
Seramai 24 PATI Indonesia dan seorang tekung warga tempatan yang disyaki membawa masuk mereka ke dala negara ditahan oleh pasukan tentera pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) di Sungai Rengit, Johor.Foto Ehsan: ATM

KUALA LUMPUR – Seramai 24 orang pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia berjaya ditangkap dalam Op Benteng di Johor malam tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka berkata, tangkapan itu dilakukan sekitar jam 10.30 malam di kawasan Briged Ketujuh Infantri Malaysia.

“Melalui pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) yang sedang melaksanakan OP
MERPATI 1 Sektor 7 Briged telah berjaya menahan PATI yang dipercayai ingin pulang ke
Indonesia semasa pasukan tersebut melaksanakan rondaan keselamatan di sekitar
kawasan Tanjung Ayam, Sungai Rengit, Johor.

op-pati-indon
Kenderaan jenis Hyundai yang disyaki digunakan tekong untuk
membawa PATI yang dibawa masuk dalam negara turut dirampas
di Johor semas Op Benteng malam tadi.Foto Ehsan: Rejimen
Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) ATM

“Kumpulan anggota yang diketuai oleh Kapten Amirul Zubir Mohammad Naim telah
bertindak atas maklumat dari anggota petugas Polis Marin PDRM berkenaan pergerakan
PATI.

“Hasil serbuan yang dibuat telah berjaya menahan seramai 24 orang PATI warga
Indonesia yang terdiri daripada 21 lelaki dewasa, 3 perempuan dewasa,” kata kenyataan tersebut.

Tambah Markas ketiga Divisyen 3 Infantri itu lagi, serbuan juga menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai tekong yang membawa masuk PATI tersebut.

Sebuah kenderaan jenis Hyundai Starex yang dipercayai digunakan untuk membawa kesemua PATI tersebut turut dirampas.

“Kesemua tangkapan akan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut dan akan dilaksanakan pemeriksaan Covid-19 oleh Klinik Kesihatan Bandar Penawar.

“Lanjutan perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19 dan jenayah rentas sempadan, pihak tentera darat melalui formasi 3 Divisyen dan pasukan di bawah naungan sentiasa berwaspada dan meningkatkan kawalan keselamatan dalam menangani kejadian yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan kedaulatan Negara,” tegas markas tersebut.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: