Selasa, 28 Julai 2020

SPRM hero sebenar- Latheefa

Wartawan MalaysiaGazette
MGF11022020_TPM-KP-SPRM-APEC12-681x454
Latheefa Koya

KUALA LUMPUR – “Itu adil,” komen Latheefa Koya.

Kenyataan itu dibuat olehnya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah di atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Lathhefa yang merupakan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kita semua berterima kasih kepada hero sebenar daripada setiap peringkat SPRM yang berisiko besar menyiasat dan membina kes semasa Najib masih berkuasa.
Kejayaan juga buat pasukan pendakwaan, katanya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika membacakan keputusan kehakiman berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa terhadap tertuduh. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: