Selasa, 28 Julai 2020

Kronologi kes SRC Najib

Bernama
MGF28072020_KES-NAJIB-681x453
Pengamal media yang hadir menunggu di luar perkarangan Mahkamah berikutan keputusan kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN,

KUALA LUMPUR – Hari ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

* 4 Julai 2018 – Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

* 10 Ogos 2018 – Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk melarang media dan orang ramai daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kes jenayahnya yang akan membuat inferens (kesimpulan) Najib bersalah sementara menunggu kesnya selesai.

* 10 Ogos 2018 – Mohd Nazlan  menetapkan 33 hari bermula 12 hingga 28 Feb dan 4 hingga 29 Mac untuk perbicaraan kes SRC Najib.

* 13 Ogos 2018 – Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak untuk mengeluarkan perintah melarang media dan orang awam daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kesnya.

* 18 Dis 2018 – Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib  untuk mendapatkan surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah bagi mengetuai pasukan pendakwaan dan permohonannya untuk mendapatkan dokumen berhubung kes itu.

* 15 Jan  2019 – Najib menerusi firma guamannya Messrs Shafee Co telah menulis surat bertarikh 15 Jan kepada Mahkamah Tinggi memohon agar perbicaraan yang dijadualkan pada 12 Feb dilapangkan sementara menunggu tiga rayuan interlokutorinya di Mahkamah Rayuan.

* 17 Jan 2019 – Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Manoj Kurup dalam surat bertarikh 17 Jan 2019 yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan, menyatakan permohonan itu “adalah remeh dan akan menyebabkan kelewatan yang tidak munasabah terhadap perbicaraan yang dijadualkan”.

* 11 Feb  2019 – Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sehingga rayuannya berhubung keputusan pendakwa raya menarik balik sijil perpindahan tujuh pertuduhan terhadapnya, selesai.

* 14 Feb 2019 – Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Mac untuk mendengar empat rayuan Najib bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan interlokutori Najib mengenai tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC.

* 11, 12, 15  dan 18 Mac  2019 – Mahkamah Rayuan mendengar empat rayuan Najib.

* 21 Mac  2019 – Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan sementara perbicaraan Najib sehingga Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan tiga rayuan interlokutori yang sebelum itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

*  21 Mac 2019 – Mahkamah Rayuan menolak tiga rayuan Najib iaitu rayuannya untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam membincangkan merit kes jenayahnya; akses kepada dokumen penyiasatan termasuk kenyataan saksi pada peringkat praperbicaraan; dan mengenai penarikan balik sijil perpindahan pertuduhannya oleh Peguam Negara.

* 21 Mac 2019 – Mahkamah sama bagaimanapun membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah mengetuai pendakwaan.

* 27 Mac 2019 – Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sementara menunggu rayuannya berhubung  permohonan interlokutorinya selesai.

*  28 Mac 2019 – Mahkamah Tinggi menetapkan 3 April pada 2 petang bagi perbicaraan kes SRC Najib.

* 1 April 2019 –  Najib memfailkan satu lagi  rayuan (permohonan semakan) terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya menangguhkan perbicaraan kesnya berkaitan SRC.— BERNAMA

Tiada ulasan: