Khamis, 2 Julai 2020

DAP mahu PH tentukan calon PM sebelum sidang Parlimen

Wartawan MalaysiaGazette
MGF24092019_LIM-GUAN-ENG-INSIGHT-201906-681x453
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Nampaknya cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu melantik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri (PM) masih belum benar-benar dipersetujui oleh DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ia perlu diputuskan bersama di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.

Justeru PH, katanya, perlu segera mengadakan perbincangan menetapkan calon PM itu sebelum sebelum persidangan Parlimen bermula pada 13 Julai ini.

“Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) menegaskan pendirian bahawa kedudukan PH perlu diperkukuhkan dan pada masa yang sama, PH juga perlu bekerjasama dengan semua parti yang komited untuk menentang Perikatan Nasional (PN).

“CEC mengambil maklum bahawa cadangan pencalonan ini adalah bersejarah kerana melibatkan seorang pemimpin dari Malaysia Timur dipertimbangkan buat julung kalinya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mengulas perkara lain, Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP juga menyokong supaya Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker, Nga Kor Ming dikekalkan.

Ia ekoran kenyataan Mohammad Ariff yang dilaporkan menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau dan Kor Ming ditamatkan baru-baru ini.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: