Isnin, 6 Julai 2020

Azhar Harun calon speaker Dewan Rakyat, Azalina timbalan

Azhar Azizan Harun dinamakan dalam usul untuk melantik beliau sebagai speaker
Dewan Rakyat.

PETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun dan bekas menteri Azalina Othman Said masing-masing dicalonkan sebagai pengganti Speaker Dewan Rakyat, Ariff Yusoff dan timbalannya, Nga Kor Ming dalam satu suatu usul.

Aturan urusan mesyuarat yang menyenaraikan perbahasan dan usul sidang Dewan Rakyat akan datang yang akan mula bersidang pada 13 Julai ini termasuk usul Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin yang mahu menyingkir Ariff dan Nga.

“Aturan urusan mesyuarat seharusnya sudah keluar sekarang. Ya, memang ada usul itu,” kata Ariff kepada FMT, yang membenarkan usul itu dibentangkan.

“Saya ikut peraturan.”

Tiada ulasan: