Jumaat, 26 Jun 2020

SPRM cari 4 lelaki bantu siasatan kes rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah berasingan.

SPRM dalam kenyataannya berkara, pihaknya mengesan lelaki bagi kes pertama iaitu Sabana Maraleh, 43, yang mempunyai dua alamat terakhir di Kampung Sisipan, Peti Surat 580, 91308, Semporna, Sabah dan Rumah Kediaman Kampung Taman Hatib, Lot 21, Peti Surat 254, 91308, Semporna Sabah.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau e-mel ke alamat fairulaswan.salleh@sprm.gov.my,” katanya.

Sementara itu dalam kes kedua, SPRM Johor sedang mengesan Md. Jaharul Islam, 32, seorang lelaki warganegara Bangladesh yang mempunyai alamat terakhir di rumah kongsi berdepan Kemayan City Jalan Besar, Skudai Johor Bahru, Johor.

Jelasnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Rawiah Kunji Mohamad di talian 012-750 2658 / 07-231 6067 ataupun e-mel kepada rawiah@sprm.gov.my.

Ujarnya lagi, dalam kes ketiga pula, SPRM Perak sedang mencari dua lelaki iaitu Allan Ngok Heng Loon, 38, dan Ng Peng Chai, 51.

“Allan Ngok Heng Loon mempunyai alamat terakhir di No. 87, Taman Singa Baru, 32000, Sitiawan, Perak manakala Ng Peng Chai di No. 539, Kampung Baru, Kampung Timah, 31800, Tanjong Tualang, Perak,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohd Dhiyauddin Nor Azminuddin di talian 016-2382390 / 05-5267000 sambungan 131 ataupun e-mel kepada dhiyauddin@sprm.gov.my. -SM

Tiada ulasan: