Khamis, 25 Jun 2020

Pulau Pinang ketepi caj hotel selama 6 bulan bermula Julai

Industri pelancongan bergelut untuk pulih susulan kesan wabak Covid-19.

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk mengecualikan caj penginapan di hotel selama 6 bulan bermula 1 Julai ini dalam usaha untuk merangsang industri perhotelan yang bergelut untuk pulih susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) selama 3 bulan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Di bawah jadual caj, mereka yang menginap di hotel di negeri ini dikenakan bayaran RM3 satu malam bagi hotel 4 bintang ke atas dan RM2 bagi hotel dalam kategori 3 bintang ke bawah.

“Selain pengecualian cukai pelacongan di peringkat pusat, kami berharap ini akan membantu usaha pemulihan industri pelancongan kita dalam beberapa bulan akan datang, “ kata pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Yeah Soon Hin dalam satu kenyataan.

Pengecualian cukai pelancongan dari Julai hingga Jun tahun depan merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana)

Data rasmi menunjukkan sebanyak RM19.7 juta caj hotel dikutip dari 2014 hingga September 2016.

Di Pulau Pinang sahaja, 2 hotel terpaksa ditutup berikutan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan pada pertengahan Mac lepas.

Ini termasuklah Holiday Inn Resort di Batu Ferringhi yang turut menamatkan perkhidmatan 200 pekerjanya.

Tiada ulasan: