Sabtu, 27 Jun 2020

PAS kemuka usul undi percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen

PAS telah mengemukakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin untuk dibentang dan dibahaskan dalam Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 13 Julai depan.

Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan berkata, Pas juga yakin usul itu akan mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen apabila dibentangkan nanti.

Jelas beliau, Muhyiddin yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu.

“PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan dari rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, sama ada peringkat Persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan-kerajaan Negeri.

“Segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Takiyuddin, dengan sokongan yang bakal diberikan kepada Muhyiddin di Dewan Rakyat sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama semua rakyat.

Takiyuddin berkata, Pas yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan dari rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik -SM

Tiada ulasan: