Khamis, 4 Jun 2020

Muhyiddin, pegawai tinggi dikuarantin kembali bertugas esok

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin disahkan negatif Covid-19.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan pegawai tertinggi yang dikuarantin 14 hari sebelum ini akan kembali bekerja seperti biasa esok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua yang terlibat dalam satu mesyuarat bulan lalu boleh ke pejabat esok.

“Jadi esok mereka semua akan kembali bekerja seperti biasa ke pejabat masing-masing.

“Mereka semua tunjukkan kerjasama yang baik dan mereka semua yang lain negatif.

“Malah seorang pegawai yang positif Covid-19 sebelum ini menunjukkan perkembangan kesihatan yang lebih baik selepas menjalani ujian swab,” katanya pada sidang media harian.

Pada 22 Mei lalu, Muhyiddin disahkan negatif Covid-19 selepas seorang pegawai yang menghadiri satu mesyuarat dipengerusikan perdana menteri dijangkiti virus itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Muhyiddin diarah menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai 22 Mei lalu.


Tiada ulasan: