Khamis, 4 Jun 2020

IG Siti Nurhaliza kena godam?

DATUK Seri Siti Nurhaliza memberitahu terdapat cubaan daripada pihak tertentu untuk menggodam akaun rasmi Instagramnya, ctdk.

Menerusi status yang dimuat naik di Instastory itu, dia menunjukkan mesej yang didakwa daripada pihak Instagram berkaitan dengan pelanggaran hak cipta menerusi satu daripada statusnya di akaun tersebut.

Siti Nurhaliza yang keliru dengan mesej tersebut turut meminta pengikutnya di Instagram untuk membantunya bagi mengambil tindakan yang betul.

Bagaimanapun, Suara Merdeka mendapati memang terdapat terma dan syarat berkaitan perlanggaran hak cipta dan sesiapa sahaja boleh membuat aduan kepada pihak Instagram.

Perlanggaran hak cipta didapati boleh terjadi sama ada menerusi visual, audio dan bertulis.

Antara hukuman yang boleh dikenakan termasuklah akaun akan disekat atau dihapuskan terus.

Malah, sebelum ini terdapat akaun Instagram wanita tempatan yang disekat kerana menyiarkan sedutan filem Toy Story 4 yang dirakam di dalam panggung.

Harapnya akaun Instagram milik penyanyi nombor satu negara itu tidaklah digodam atau disekat apatah lagi dengan pengikut seramai 7.4 juta. – SM


Tiada ulasan: