Rabu, 1 April 2020

Tentera nafi pukul orang awam


Malaysiakini
 
 
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan ada anggota mereka memukul dan mencederakan oleh orang awam ketika melaksanakan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19.

Panglima ATM Jen Affendi Buang menegaskan dakwaan yang tular di media sosial itu adalah berita palsu dan mereka yang menyebarkannya boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Gambar tular berkenaan merupakan kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt Commerce College, Chittagong, Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019.

“Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya serta-merta kerana mesej atau informasi itu boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur semalam.

Affendi berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung PKP melalui Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) di pautan https://t.me/MKNRasmi.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar dan audio yang mendakwa seorang lelaki cedera dipukul oleh anggota tentera kerana mengingkari PKP.- Bernama

Tiada ulasan: