Khamis, 23 April 2020

Biro Undang-undang AMANAH sedia bantu Ebit Liew hadapi kecaman




 
Biro Undang-undang Parti Amanah Negara atau Kanun menawarkan khidmat undang-undang bagi membantu Ustaz Ebit Liew yang kini berhadapan dengan pelbagai kecaman ekoran usaha gigihnya membantu pihak yang memerlukan tanpa mengira siapa mereka.

Pengerusi Kanun, Dr. Zulqarnain Lukman dalam satu kenyataannya berkata, tindakan Ebit Liew membantu tanpa memilih bulu adalah selaras dengan konsep Rahmatan Lil Alamin yang menjadi tonggak perjuangan AMANAH.

“Justeru, Kanun dengan rendah diri menawarkan kepakaran panel guaman Kanun untuk membantu Ustaz Ebit Liew bagi membersihkan nama baik beliau dan organisasi NGO yang beliau wakili,” kata Zulqarnain.

Menurut Zulqarnain, Kanun mengikuti perkembangan pertembungan pelbagai aliran agama di Malaysia sehingga menimbulkan keresahan masyarakat dan pandangan serong orang ramai terhadap ilmuwan agama.

Beberapa hari lepas tular kisah Ustaz Ebit Lew yang telah memberikan sumbangan kepada seorang warga emas dan keluarganya di Derga, Kedah Darul Aman.

“Tanpa menafikan ada pendekatan tertentu yang boleh diperbaiki oleh Ustaz Ebit Lew, tindakan Ustaz Ebit Lew yang membantu orang kesusahan tanpa mengira agama dan bangsa adalah satu tindakan yang terpuji dan patut dicontohi,” katanya.

Malang sekali, katanya, ada beberapa pihak termasuk insan yang berpendidikan agama yang telah mengeji Ustaz Ebit Lew dan melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah yang tidak berasas termasuk melemparkan tuduhan kononnya bahawa berlaku penyelewengan terhadap sumbangan orang ramai kepada Ustaz Ebit Lew.

“Kanun menyarankan bahawa jika pihak tersebut mempunyai bukti yang cukup kononnya terdapat penyelewengan pada wang sumbangan tersebut, beliau perlu membuat laporan polis supaya siasatan lanjut boleh dibuat oleh pihak berkuasa,” katanya.

Kata beliau, malangnya, tuduhan yang mengatakan wujud penyelewengan itu setakat ini tidak mempunyai apa-apa asas dan terjumlah atas kausa tindakan fitnah (defamation).

Menurut undang-undang, sesuatu tuduhan itu dianggap fitnah sekiranya cukup tiga elemen penting iaitu, tulisan atau kata-kata itu merujuk kepada plaintif; ianya telah didedahkan kepada pihak ketiga; dan, tulisan atau kata-kata itu adalah palsu dan menjatuhkan reputasi plaintif, tegasnya.

LATAR BELAKANG

Yang mengikuti Facebook Ebit Liew telah mengenali beliau sebagai seorang pendakwah. Dia telah menerima Islam sejak kecil lagi melalui dakwah yang dilakukan orang Tabligh.

Sebelum ini beliau selalu membantu orang susah dan dakwah dari pintu ke pintu tanpa mengira siapa mereka. Jumpa budak di lorong dan bawah jambatan lalu mengajar mereka tentang Islam, iman dan amal.

Dakwah beliau bertambah hebat apabila tibanya musim PKP. Pada permulaan beliau hanya membantu golongan frontliner, sediakan mereka makanan, tempat mandi, kemudahan hospital dan pelbagai lagi.

Tetapi apabila tiba minggu ke 2 Ebit telah menambah hebat lagi donation kepada orang miskin, orang yang tidak ada rumah tidak kiralah Islam atau bukan Islam dan bangsa apa pun beliau tetap datang membantu.

Disebabkan pergerakannya inilah ada yang mempersoalkan tentang social distancing dan pelanggaran PKP oleh beliau.

Turut tidak senang adalah pegawai kepada Menteri Besar Kedah, Mohd Ruslin Abdullah.

Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah menyebabkan mereka dikecam masyarakat.

Ruslin melalui laman Facebook berkata, Ebit Liew sewajarnya memaklumkan kepada mereka dahulu sebelum memberikan sebarang bantuan.

Seorang ustaz pula menyerang Ebit Liew dengan perkataan yang bukan-bukan hatta mengkafirkan beliau.

Tiada ulasan: