Isnin, 24 Februari 2020

Tun Mahathir dijangka menghadap YDP Agong jam 5 petang ini

Astro Awani
Tun Mahathir dijangka menghadap YDP Agong jam 5 petang ini
Dr Mahathir mengutuskan surat peletakan jawatan beliau kepada Agong sekitar jam 1 tengah hari Isnin. - Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 5 petang ini.

Pertemuan ini dipercayai akan berlangsung selepas Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Dr Mahathir telah mengutuskan surat peletakan jawatan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah sekitar jam 1 tengah hari Isnin.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tiada ulasan: