Jumaat, 21 Februari 2020

Tuan mufti Liverpool, tolong doakan Manchester United menang

MALAYSIAKINI




Sebuah kisah menarik menimpa Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad hari ini.

Selepas sembahyang Jumaat di sebuah surau di ibu negara hari ini, dia didatangi seorang penyokong kelab Liga Inggeris Manchester United (MU) yang ‘mengusiknya’.

“Selepas solat Jumaat di Surau al-Barakah Bank Rakyat sebentar tadi, datang anak muda bersalam dan berbisik:⁣ Datuk, doakan MU menang,” dedahnya.

Bagaimanapun Zulkifli sebagai seorang peminat tegar Liverpool - musuh tradisi MU - sempat berseloroh kembali.

⁣“Saya balas sambil tersenyum, doa saya sebagaimana surat balas Jurgen Klopp kepada Daragh Curley.

⁣“Lantas dia ketawa. Itulah bola sepak,” tulisnya sambil memuat naik surat balasan Klopp, pengurus Liverpool.

Dalam surat itu, Curley yang masih kanak-kanak 10 tahun, menulis surat kepada Kloop meminta supaya Liverpool tidak memenangi Juara Liga.

Tidak disangka, murid itu nyata terkejut apabila Klopp membalas suratnya.

Dalam surat itu, Klopp memuji semangat Curley itu sebagai seorang peminat MU.

Namun jelas Klopp, beliau tidak boleh berbuat demikian seperti yang diminta Curley.

“Sebagaimana anda mahukan Liverpool kalah, menjadi tugas saya untuk melakukan sedaya-upaya membantu Liverpool menang kerana terdapat jutaan orang di seluruh dunia mahukannya menang.

“Saya tidak mahu kecewakan mereka,” tulis Klop.


Tiada ulasan: