Rabu, 26 Februari 2020

PH Runtuhkan PH: Penjawat Awam Wira Negara Jaga Pentadbiran, Kestabilan Negara – Dr Asyraf





KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memuji dan mengucapkan syabas kepada penjawat awam yang bertugas dengan penuh amanah dan profesional bagi memastikan kelancaran pentadbiran serta kestabilan negara walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh.
“Kalian wira sejati… Terima kasih dan syabas buat Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha kementerian-kementerian dan seluruh warga penjawat awam yang terus menjalankan tugas dengan penuh amanah dan profesional di tengah-tengah negara berhadapan dengan krisis politik,” ujarnya dalam satu catatan ringkas di Faceboo
Tambah Dr Asyraf lagi, penjawat awam adalah Wira Negara sebenar yang memastikan kelancaran pentadbiran dan kestabilan negara walaupun runtuhnya kerajaan PH yang bergolak sesama sendiri lantaran rakus berebut kerusi ‘takhta’ Perdana Menteri.

“Moga Allah berkati dan rahmati kalian,” doanya lagi.

Untuk rekod, isu perebutan jawatan Perdana Menteri, pergolakan dalaman PH hingga kemuncaknya tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PPBM keluar PH dan 11 Ahli Parlimen PKR termasuk Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Aznin Ali keluar parti mengakibatkan berkuburnya PH pada 24 Feb lalu.

Ekoran runtuhnya PH dan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengeluarkan kenyataan bahawa dengan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir itu, maka secara automatik terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebelumnya, Mohd Zuki telah mengumumkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, juga atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, kira-kira 90 Ahli Parlimen dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dan bakinya hari ini yang julung kali diadakan, bagi menyelesaikan kemelut pembentukan kerajaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menjelaskan proses temu bual itu akan dilakukan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan disaksikan Mohd Zuki. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan: