Rabu, 19 Februari 2020

6 pemimpin bertemu dahulu sebelum mesyuarat PH Jumaat ini

KINI TV

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Enam pemimpin paling kanan Pakatan Harapan akan berbincang terlebih dahulu sebelum mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu pada Jumaat ini, menurut sumber.

Pertemuan itu akan diadakan pada jam 8.30 malam sebelum disambung dengan mesyuarat Majlis Presiden.

Enam pemimpin itu ialah Pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber-sumber mendakwa Mahathir mahu Azizah hadir dalam pramesyuarat itu walaupun beliau biasanya tidak hadir dalam pertemuan awal.

Ini kerana Azizah merupakan faktor penting dalam pembentukan Pakatan Harapan.

Dipercayai pramesyuarat ini akan membincangkan isu peralihan kuasa dan isu-isu lain yang berkaitan.


Tiada ulasan: