Rabu, 22 Januari 2020

Syed Saddiq bidas kem Anwar desak Tun M letak jawatan

Wartawan MalaysiaGazette
MGF15112019_CERAMAH-PH01
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
 

KUALA LUMPUR – “Selesaikan hal sendiri dahulu!”

Itu tegas Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada kelompok penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) itu menyifatkan tindakan segelintir pihak itu
tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.

Bahkan, katanya, tindakan sedemikian juga boleh dianggap tidak mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

“Tidak pernah sekali pun Tun Dr Mahathir Mohamad mengingkari janjinya.

“Setiap kali ditanya berkenaan transisi, Tun sentiasa menjawab dengan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan kepada DS (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

“Walaupun didesak kiri dan kanan oleh sekutu Anwar, Tun M masih tetap dengan pendirian ini.
Beliau amat menghormati Konsensus PH,” katanya Menteri Belia dan Sukan itu menerusi Facebooknya hari ini.

Malah Syed Saddiq turut menyenaraikan nama-nama yang disifatkan sebagai dari kem Anwar dan DAP iaitu P. Ramasamy, Datuk Johari Abdul, Ronnie Liu, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, Syukri Razab dan Syed Husin Syed Ali.

“Sejak tahun lepas mereka mempersoalkan kedudukan Tun M dan membelakangkan konsensus PH.

“Tidak sampai dua tiga tahun Tun M memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, mereka sudah mendesak YAB Tun M meletakkan jawatan?

Bagaimana Tun M ingin mentadbir negara jika setiap hari didesak, ditekan dan diserang? ” soalnya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: