Khamis, 16 Januari 2020

Pengasih Malaysia tawar program pemulihan kepada ahli politik terlibat dadah

Ramli Abd Samad.
 
PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan yang menjalankan pusat pemulihan dadah menawarkan kaunseling dan bentuk bantuan lain kepada watak-watak berkait PPBM dan individu-individu lain yang ditahan dalam serbuan anti-dadah pada Ahad.

Presiden Persatuan Pengasih Malaysia Ramli Abd Samad beritahu FMT bahawa pertubuhannya, yang diasaskan oleh bekas pengguna dadah, sangat faham mereka yang ditahan itu, termasuk seorang pembantu menteri, perlukan bantuan.

“Dari laporan yang kami terima, mereka ini orang-orang muda yang ada masa depan yang cerah,” katanya. “Kami berharap kesilapan mereka tidak memusnahkan masa depan itu.”

Selain hukuman mahkamah, mana-mana orang yang didapati bersalah atas kesalahan dadah akan ada rekod kekal, tidak layak terima biasiswa, dan akan sukar mendapat pekerjaan.

“Mesej kami datanglah minta bantuan,” kata Ramli. “Kami anggap pengguna dadah sebagai orang yang sakit, perlukan bantuan, dan layak terima kehidupan yang lebih baik. Kami tak anggap mereka sebagai penjenayah.”

Polis mengesahkan penahanan 17 orang dalam serbuan di sebuah kondominium tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.

Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Ansari mengesahkan seorang Adun partinya ditahan.

Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan dakwaan di media sosial bahawa dia antara yang ditahan tetapi mengakui dia berada di tempat itu ketika serbuan berlaku.

Tiada ulasan: