Nazree
SEREMBAN - Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus menyarankan pemecatan tujuh ahli majlis pimpinan parti itu dinilai semula.
"Bagi saya, mereka semua wajar dikekalkan dalam saf pimpinan AMK Pusat dan diberi peluang.
"Walaupun tindakan terhadap mereka dibuat berdasarkan peraturan tetap AMK, namun bagi saya konteks peraturan tetap itu tidak selari dengan agenda muafakat pengukuhan parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Portal berita MalaysiaKini malam tadi melaporkan tujuh ahli itu dipecat berdasarkan surat yang dikeluarkan yang mana keputusan menetapkan ahli majlis pimpinan AMK yang tidak hadir mesyuarat sebanyak enam kali berturut-turut tanpa alasan memuaskan dianggap sudah meletakkan jawatan.
Sementara itu Nazree berkata, tindakan pemecatan itu menonjolkan sebuah pasukan angkatan muda yang lemah hanya dengan alasan kehadiran tanpa penilaian keaktifan dalam aktivisme yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan