Selasa, 28 Januari 2020

Koronavirus: 106 maut di China

AFP




Shanghai: Angka kematian akibat koronavirus di China terus meningkat kepada 106 mangsa, dengan hampir 1,3000 kes baharu dilaporkan, setakat pagi ini.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Kesihatan Nasional China wilayah Hubei dalam satu kenyataan.

Pihak sama berkata, angka terbaharu itu selepas 24 orang lagi mangsa disahkan maut, manakala 1,291 dijangkiti virus berkenaan.

Sementara itu, kerajaan turut menangguhkan sesi pembukaan sekolah dan universiti di negara itu bagi memanjangkan tempoh kuarantin.




Tiada ulasan: