Selasa, 28 Januari 2020

Kes pertama koronavirus di Jerman

AFP




Berlin: Jerman mengesahkan kes pertama jangkitan koronavirus baharu di negara itu.

Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan ia dikesan di wilayah selatan negara itu.

“Seorang lelaki di wilayah Starnberg dijangkiti virus berkenaan,” kata jurucakap kementerian.

Beliau berkata, lelaki terbabit kini diletakkan di dalam wad isolasi tetapi berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperolehi.

Perancis sebelum ini menjadi negara Eropah pertama terjejas dengan virus itu selepas melaporkan tiga kes.

Ketiga-tiga individu terbabit dikatakan mengembara ke China, sebelum ini.

Tiada ulasan: