Isnin, 27 Januari 2020

Bertegas sekat masuk pelancong China

fazleen safina

 

Asas kepada kaedah kuarantin dalam Islam: MP Kuala Nerus

BANGI – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri menggesa kerajaan Malaysia untuk menyekat pelancong China dari memasuki negara ini, susulan kes jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) yang boleh mengancam nyawa rakyat.

Mohd Khairuddin berkata, perkara itu penting sebagai langkah awal yang juga bertepatan dengan kaedah Islam.
 “Kaedah Islam dalam bab wabak taun iaitu orang dalam kawasan wabak tidak dibenarkan keluar dan orang luar tidak dibenarkan masuk ke kawasan wabak

“Itulah juga asas kepada kaedah kuarantin dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti koronavirus malam tadi, menjadikan jumlah individu disahkan positif 2019-nCoV kepada empat setakat ini.

Kes terbaharu itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak, yang mendesak kerajaan supaya menyekat sementara kemasukan pelancong China ke negara ini sehingga wabak berkenaan pulih.

Setakat awal pagi hari ini, angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 80 orang.

South China Morning Post yang memetik pihak berkuasa kesihatan China berkata, kes jangkitan koronavirus pula meningkat kepada 2,400 orang.

Tiada ulasan: