Isnin, 16 Disember 2019

Najib soal PH: Memang musim rasmi lif, lampu isyarat ke sekarang?

MALAYSIAKINI



Setelah sekian lama “menyerang” pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dengan isu-isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan dakwaan penjualan aset negara, bekas perdana menteri Najib Razak membidas tindakan pemimpin kerajaan yang merasmikan lif dan lampu isyarat.

“Nampaknya PH sangat happy (gembira) buat majlis merasmikan lif," katanya sambil memaparkan gambar ADUN Seri Setia Halimey Abu Bakar yang merupakan tetamu kehormat di Taman Desaria itu.

Turut menjadi sindiran Najib, adalah tindakan wakil rakyat Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Beliau pula dipapar merasmikan lampu isyarat lintasan pejalan kaki berhampiran Sekolah Kebangsan Teluk Kumbar.

“Alhamdulillah. Lampu isyarat turut dirasmikan Adun PH hari ini.

“Memang musim rasmi lif, lampu isyarat ke sekarang ni?” katanya.

Tiada ulasan: