Ahad, 8 Disember 2019

Di mana Azmin? [METROTV]



BERNAMA

SETELAH bertindak keluar dari dewan persidangan semasa perbahasan pada Kongres Nasional PKR 2019 semalam, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak hadir pada pagi hari terakhir kongres.

Turut tidak hadir ialah Naib Presiden Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Haniza Mohamed Talha, Timbalan Ketua Angkatan Keadilan Muda (AMK) Muhammad Hilman Idham serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Amirudin Shaari, Mohd Rashid Hasnon, R Sivarasa, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Kamarudin Jaffar.

Menurut jadual kongres hari ini, Mohamed Azmin, Zuraida dan Haniza dijadual menyampaikan ucapan penggulungan sebelum ucapan penggulungan oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, sebahagian Ahli MPP dan perwakilan keluar dewan persidangan mencetuskan situasi luar jangka dan menimbulkan persoalan baharu dalam parti berusia 20 tahun itu.



Sesi perbahasan ucapan dasar selepas waktu rehat tengah hari melihat sebahagian Ahli MPP meninggalkan pentas dan ratusan anggota perwakilan keluar dewan secara berperingkat, sehingga menyebabkan hampir separuh tempat duduk di dalam dewan kosong. Dalam perkembangan mutakhir lewat petang semalam, Mohamed Azmin berkata, beliau meninggalkan sesi perbahasan kongres itu atas alasan pentas perbahasan bertukar menjadi medan ‘serangan peribadi’ terhadap dirinya.

Pagi ini, Anwar dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba pada 8.57 pagi bagi acara terakhir sesi penggulungan dan penangguhan kongres sehingga satu tarikh yang ditetapkan kelak.

Berita berkaitan
Azmin dan 22 MPP keluar dewan [METROTV]

LIHAT VIDEO DI SINI (1)
LIHAT VIDEO DI SINI (2)
LIHAT VIDEO DI SINI (3)




Tiada ulasan: