Sabtu, 28 Disember 2019

Anggota kumpulan Alleycats Frank Ong meninggal dunia kerana kanser

Pemain bass kumpulan Alleycats Frank Ong meninggal dunia 
akibat kanser paru-paru.
 
PETALING JAYA: Pemain bass kumpulan Alleycats, Frank Ong atau nama Islamnya Abdul Rashid Abdullah, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur Khamis lepas kerana kanser paru-paru.

Menurut laporan, Ong, 54 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Gombak dekat sini pada hari sama.

Allahyarham disahkan menghidap kanser pada Okt lepas dan kesihatannya dilaporkan mula merosot sejak akhir-akhir ini.

Ong meninggalkan seorang isteri Nor Askiah Abdul Wahab, 66 dan 3 anak, iaitu Jas Ong, 45, Hariz, 28 dan Myra, 24.

Tiada ulasan: